Thursday, 18 October 2012

Lain Kali, Beringat...!!

Selamat Pagi...
Assalamualaikum..

Minggu ni, minggu yang agak sibuk jugak la. Tak habis-habis dengan meeting la, dengan kerja nu la, dengan kerja ni la. Sikit-sikit nama aku je yang naik, tapi bila nak dapat anugerah apa-apa, tak dak pulak ingat nak letak nama aku. (ini memang hakikat)

Sebenarnya, bila kita bekerja di sesuatu tempat yang BOS tu adil dan tau nak menilai staf-staf dia, memang staf akan rasa tersangat gembira dan enjoy buat kerja tapi apabila BOS pilih kasih, memang macam-macam masalah nanti ada. Bukan je takat tak puas hati antara pekerja tapi segala-gala yang berkaitan akan membuatkan ia berlarutan daripada yang kecil menjadi besar, tambahan pulak dengan adanya parasit (si mulut tempayan). Terus terang cakap la, memang susah nak cari BOS yang betul-betul adil dan faham erti tak pilih kasih. (memang takkan ada la sekarang ni)

Berbalik kepada tujuan sebenar aku menulis sekarang ni, pernah dengar tak ayat ni, "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali". (memang suka la benda ni) Kalau kira bab marah, semua orang ada marah, boleh marah dan akan marah tapi ada sesetengah orang tu, dia boleh kawal, ada sesetengah tu pulak dia cakap lepas. (macam-macam hal) 

Aku nak tanya korang, kalau la dah buat jahat dengan seseorang tu, tak malu ke muka korang nak minta tolong dengan orang tu lagi? Tolong jawab sat... dan adakah orang yang dikenakan tu, nak berbaik lagi dengan orang yang dah buat jahat dengan dia, terang lagi bersuluh la dia TAKKAN tolong dah oranag tu, mesti dia akan elakkan diri daripada didekati atau mendekati, sape yang nak pisang berbuah dua kali. (kalau aku pun, aku takmau aih, pandai buat, pandai la tanggung)

Lain kali, belajar jaga hati orang, janganlah ingat bila dah berumur tu, kira dah makan garam banyak sangat.. boleh cakap dan buat sesuka hati. Lupa ke, TUHAN tu ada dan sentiasa melihat apa yang manusia lakukan termasuk la korang. Sungguhpun lepas kat dunia, kat akhirat nanti.. takkan terlepas. Nak buat apa ke nak pelan ape ke nak jumpa bomoh ke.. Ingat semua tu, makhluk ciptaan ALLAH. Segala yang terjadi tu, atas keizinanNya. (jangan buat sesuka hati na)

Bagi aku, aku memang takkan tolong dah orang-orang yang pernah buat jahat kat aku, sebabnya, masa aku susah, aku bangkit sendiri. Masa aku sedih, aku gembirakan diri aku sendiri, Masa aku difitnah, aku terima dengan hati terbuka, jadi jangan berharaplah, aku akan tolong apa-apa walaupun aku telah MAAFKAN segalanya yang sudah terjadi. Ingat.. Buat baik dibalas baik, buat jahat.... (fikirlah la sendiri) 


Aku gembira dengan hidup aku. Cukup yang tu saja korang perlu tau. OK.

T.A.M.A.T

Monday, 15 October 2012

Mulut Tempayan?

Selamat Pagi...
Assalamualaikum..

Salam gembira dan salam ceria. Pagi yang hujan-hujan ni, secara tiba-tuba terfikir untuk menulis tentang "Mulut Tempayan". Dengar tajuk je dah agak pelik mesti orang yang sedemikian jugak pelik. (heheeh.. memang pelik sangat-sangat la)

Mulut tempayan ni ada kat mana-mana je, kadang-kadang kat sebuah tempat tu ada sorang je tapi disebabkan mulutnya yang tempayan tu, dia senang dapat pengikut dek kerana cerita-cerita dia yang hot-hot belaka tu sedangkan sebenarnya takdak ape yang menarik pun daripada cerita dia tu. Yang menarik perhatian dia tu adalah cara penyampaian dia tu, memang kalau masuk pidato atau syarahan, memang boleh menang tanpa bertanding la. (ni hakikat oooo..)

Yang agak menghairankan tu, pengikut-pengikut depa ni, tak sedar ke yang depa tu sedang terlibat sama dengan bersekongkol menfitnah atau mengaibkan orang lain. Aduhai.. Kalau berdua biasanya ada yang ketiga dan yang ketiga tu adalah.. SYAITAN. (hehe.. kalau lah syaitan tu boleh nampak.. eee..) 

Kerana orang bermulut tempayan ni la, segala benda-benda sulit, jadi tak sulit, ape la yang depa rasa ketika angkat sumpah sebagai pekerja. Perjanjian yang dibaca tu sekadar dibaca atau buta huruf. Hairan la aku sebab gejala ni semakin menjadi-jadi dan majoritinya adalah daripada kalangan orang melayu. Bila tak puas hati je, mula la. keluar la cerita macam-macam, gosip liar, sanggup menghabiskan masa dengan menyampaikan cerita-cerita yang lebih auta daripada fakta. (ish..ish.. dunia, dunia)


Sesungguhnya, setiap hari aku perlulah mengingatkan diri supaya menjauhkan diri daripada orang-orang yang macam ni sebabnya, bila mai masa dah tak sepakat, mula la, semua pekung dok ada semua dia nanti cerita merata-merata, tak puas hati cerita satu tempat, dia nanti sebarkan seluruh tempat yang dia pergi. Bila mai kerja yang dibayar gaji, taknak buat bersungguh-sungguh pulak, bila yang tak bergaji ni, rajin la pulak. (aduhai.. tak mau berubah ke?)

Semoga kita terpilih untuk di tempatkan di Syurga. Setiap kesilapan boleh diperbetulkan dengan memperbaiki segala kesalahan dengan cara merubah yang tak elok kepada yang elok. Amin...

T.A.M.A.T

Friday, 12 October 2012

Sarapan Pagi Yang Hebat

Selamat Pagi..
Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja untuk minggu ni. (yahoo, seronoknya) Tak sabar nak berehat-rehat di rumah. Tidur lambat, bangun lambat. Memang syok sangat aih kalau hujung minggu ni, tak payah kalut nak berebut-rebut kat highway tu, tak payah nak bawak kereta ala-ala KL Drift.. macam-macam benda la tak payah buat. (Lega...)

Sebenarnya, nak cerita pasai sarapan pagi hari ni, yang dihantar khas melalui delivery (abah aku) terus ke opis. Nak tau ape dia? Jawapan... MEE SOTONG. Sedap, mak aku masak tau. Memang kenyang gila ah. Sedap sehingga licin tak sebarang kesan la. (aduhai..) Bila cakap pasai nak diet, berkobar-kobar sangat tapi bila nampak makanan, dan-dan tak ingat benda lain da. Teruk betul la.

Berbalik kepada menu sarapan aku pagi ni, MEE SOTONG. Sebenarnya, ada satu kedai makan dekat Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang memang ada jual mee sotong ni. (memang ramai orang la, tambah-tambah pulak masa makan tengahari) Rasanya, bagi sesiapa orang luar yang tau, mesti akan datang ke Pulau Pinang utuk makan mee sotong ni. Kena pulak dengan "Coconut Shake", memang sedap sangat la. Rasanya, orang-orang yang memang gilakan mee, mesti akan tambah berpinggan-pinggan. Bukan nak promote, tapi memang tak dapat nak dinafikan sedap. Ini dia gambar mee sotong tu..



Tak sangka pulak mak aku pun berbakat untuk menyediakan mee sotong hebat macam ni, memang sedap la, tak terkata. Selalunya, dok goreng yang biasa je. Kalau tau la, mak memang tau masak macam ni, tak payah aku bersusah payah nak kirim-kirim kat orang, apetah lagi dok teringat-teringat nak makan. (memang dah lama pun teringin nak makan)

Apepun, pagi ni memang kenyang sangat, kemungkinan "kecil", tak payah makan tengahari da. Sangat gembira dengan menu sarapan hari ini. (gembira sambil tersenyum) Sambil terfikir, macam mana la nak kurus ni, makcik oi..

T.A.M.A.T

Thursday, 11 October 2012

Kucing Memang Comel Kan?

Selamat Pagi..
Assalamualaikum..

Hari ini tetiba terfikir nak bercerita tentang "kucing". (terkenang..) Sebabnya aku terniat untuk menulis tentang kucing ini adalah dek kerana masa aku pergi beli sarapan pagi, kejap tadi.. Aku tengok kucing tu comei sangat jadi teringat pulak le dekat penghuni rumah aku dulu..

Aku dok rumah teres kat sebuah taman baru ni, biasalah, orang kan memang suka buang kucing kat tempat-tempat baru ni, dengan harapan.. ada orang yang akan bagi makan kepada kucing-kucing ni. (teringat masa awal-awal pertemuan) Memang banyak sangat la kucing masa tu, lepas tu saiz dan umur kucing-kucing tu pulak lebih kurang sama je. Macam-macam warna ada. Hitam, putih dan macam-macam lagi la tapi dalam banyak-banyak tu.. ada seekor ni la yang buat aku dan keluarga rasa kesian sangat...

Masa mulanya, kucing tu kecil lagi, masih anak kucing. Masa jumpa tu, dia macam sakit, pucat.. tak pasti samada kena racun ataupun dipatuk ular, suara kucing tu pun garau je.. memang nampak macam sakit sangat. (Kesian..) Mak aku ambil dan mandikan dia walaupun mak aku memang tak bagi kami membela binatang yang berbulu ni sebab adik aku alah la jadi memang tak ada la membela binatang, tambahan si kucing. (hamster tu adala tapi tak beli pun, bela sat je)

 Hari-hari kucing tu nanti mai dan dok dalam rumah, kalau orang baring, dia pun nanti join jugak, masalahnya, orang dok atas karpet, kucing tu pun akan dok atas karpet jugak. Kami namakan dia "Jerangkong" sebab suara dia yang garau dan badan dia yang kurus kering. Bulu kucing tu pun warna pelik sikit, macam warna oren tapi pudar, tak dapat nak diklasifikasikan. (seronok bercerita) Memang comel la dia. Hari-hari mesti ada je style baru dia buat dan bagi kami semua kenangan yang sangat manis. (sedih pulak)

Satu hari tu, orang pecah masuh rumah aku, kucing tu dah biasa dok dalam rumah, jadi bila pintu bukak, dia memang akan masuk, tak tau la masa tu pencuri tu tendang ke ape ke kucing tu, kesian sangat, masa aku sampai, dia menyorok bawah katil, bila dia nampak aku, dia sempat macam mengadu kat aku, aku pun usap-usap dia, lepas tu dia pun pergi dan toleh sekali kat aku. Lepas tu, dia tak datang dah, sampai ke saat ni. Mungkin dia dah mati atau entah ke mana. Puas kami cari dia. Sedih sangat-sangat. (sedih ni) Pencuri tu memang melampau. Masuk rumah orang dah salah, buat kucing tu.. lagi la bersalah.

Apapun, segala kenangan manis aku dan keluarga sepanjang kucing tu berada bersama kami, memang takkan dapat dilupakan. Aku pernah ambil gambar kucing tu dan masih menyimpannya, jadi, mari la kita tengok gambar kucing tu...






Tengok, bagus punya tidur dalam rumah, atas karpet yang lembut tu, Ape pun memang aku merindui si jerangkong ni. Banyak kenangan manis dengan dia, dia memang comel dan pandai sangat. Kalau dia hidup, biarlah dia sihat dan selamat. Amin..

T.A.M.A.T

Wednesday, 10 October 2012

Dikhianati? Sakit Ke Manis Ke?


Assalamualaikum..

Sambil layan sakit kepala aku yang tetiba je ni, aku pun terbaca satu blog mengenai artikel yang bertajuk "Bila Dikhianati Cinta, Kuatkan Semangat, Relakan Kemaafan" (http://www.sentuhanmaya.com/2011/05/bila-dikhianati-cinta-kuatkan-semangat.html

Memang bagus sungguh la penulis blog ni, memang memberikan kesan positif kepada aku, bukan ape, supaya kita dapat menerima ape yang ada di sekeliling kita dan ape yang telah berlaku. Tak semua yang kita inginkan akan menjadi, tak semua yang kita harapkan akan tercapai. Oleh yang demikian, aku sebagai manusia biasa harus menerima dan percaya kepada Qada dan Qadar daripada Allah Yang Maha Kuasa, Sesungguhnya setiap kebaikan itu adalah daripadaNya manakala keburukan itu pula adalah daripada diri kita sendiri. (menulis dengan hati)

Kalau kita tengok drama-drama kat televisyen pun, memang banyak sangat cerita-cerita yang putus cinta la, curang la, masalah rumah tangga la.. macam-macam. Semua cerita-cerita ni dilakonkan berdasarkan pengalaman, cerita sebenar atau lakonan semata-mata. (takkan tak ada yang elok-elok langsung kot) Rasanya, sape je yang layan cerita-cerita kat televisyen tu, mesti akan beremosi bila ada benda yang melibatkan bab bercerai dan berpisah ni. (dahsyat la kalau orang tu tak sedih)

Memang tak faham sebenarnya dengan dunia sekarang ni, rasa takut pulak nak hidup lama kat dunia ni sebabnya, takut tak mampu nak menghadapi pelbagai cabaran hidup yang seterusnya. Kadang-kadang tu, bila kita berbuat baik, lain pulak yang datang mengganggu. Mungkinkah yang lain tu belum sedar bahawa Yang Maha Esa sedang memerhati setiap tingkah laku yang sedang kita lakukan. (takut sebenarnya) Kalau la Maha Pencipta tu marah terhadap kita dan menurunkan malapetaka, mampukah kita nak menghadapi semua tu. (teringat kejadian tsunami dulu)

Walaupun 5 minit untuk sehari, ambillah kesempatan untuk muhasabah diri, memaafkan orang lain, menerima segala dugaan yang diberikan dan redha terhadap segalanya. (sedang bercakap pada diri sendiri jugak) Cara yang terbaik, jauhkan diri daripada orang-orang yang menghampirkan kita kepada neraka dengan cara memekakkan telinga dari mendengar benda-benda yang tak elok, butakan mata dari melihat benda-benda yang mungkar dan kunci mulut dari bercakap benda-benda yang tak betul. (ini prinsip yang aku sedang amalkan) Semoga kita semua berjaya hingga ke syurga. Amin..



T.A.M.A.T

Jalan-jalan Cari Pasai

Selamat Pagi..
Assalamualaikum..

Disebabkan hari ini aku sampai opis awal, rasanya aku nak membuang masa sat sebelum memulakan kerja. (cewah.. yeke nak buat kerja?) Memang berlambak kerja sebenarnya, tapi bila da gangguan, dan-dan feel nak buat kerja tu hilang. (memang tak boleh fokus le)

Nak cerita pasai petang semalam punya hal, semalam aku mengadakan program "Jalan-jalan Cari Pasai". (hahaha.. Ntah pape la) Tujuan sebenarnya hanya nak cari kangkung untuk dijadikan makanan si arnab aku, jadi dah tak tau nak pergi ke mana, aku pun berpusing merata. (naik motor pusing mana pun tak pe) Aku lalu la tepi-tepi sawah, masa tu da petang, matahari nampak cantik sangat, sayangnya, masa tu sawah belum naik padi lagi. Nampak air je semua. (sawah je kurang menarik.huhu..) Ape kata kita layan dulu gambar-gambar yang sempat aku tangkap.. Zass...





Tu dia, cantik kan? Tiga gambar yang atas tu, gambar matahari terbenam, satu lagi gambar ni, gambar sungai yang telah dikorek-korek, besar gila la sungai ni. (takut aku tau) Memang dahsyat la, aku betul-betul tak sangka yang sungai kat sebelah sini dah jadi besar macam ni. Aku memang takut sangat tempat yang banyak air macam ni sebabnya, aku tak pandai berenang. (tetiba teringat masa aku pergi kem belia dulu, siap kena ikat tali sebab tak tau berenang punya pasai la)

Apepun, cuaca semalam ok je, tak hujan dan tak panas sangat, pagi ni pun sama jugak, cuaca cun je. bawak kereta pun relaks je, perjalanan ke opis pun lancar je. Alhamdulillah.

T.A.M.A.T

Tuesday, 9 October 2012

Apabila Warga Asing Bermaharajalela Di Negara Kita

Assalamualaikum

Semasa aku "Take 5" tadi, aku tertarik pada satu artikel dari surat khabar Metro hari ini bertajuk "4 Jam Dalam Neraka 10 Setan". (dengar tajuk je dah panas hati.. geram) Kalau ada yang berkesempatan, boleh la selak-selak surat khabar tu ataupun baca je kat sini. (baca kat sini : http://www.hmetro.com.my/articles/4jamdalamneraka10setan/Article )


Bukan nak cakap la, memang warga asing kat Malaysia sekarang ni berlambak-lambak. sana sini mesti ada, lepas tu, depa punya kawal tempat macam depa pulak warganegara. Memang angin betul la aku. Cukup kedai-kedai makan di sesetengah tempat, depa yang meniaga. Masalahnya, bukan setakat kedai makan je, segala jenis perniagaan mesti ada depa contohnya macam jual kain, kedai runcit dan segala-galanya. (menulis dengan perasaan marah yang membuak-buak)

Terutamanya wanita la, memang rasa takut tu tak dapat nak dinafikan bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali tambahan pulak kalau dia lelaki. (kalau tak takut tu, tak tau la spesis ape tu) Tengok pada artikel tu, ape dah jadi. Bukan ke nampak sangat depa dah melampau sebab berani mengambil kesempatan secara sesuka hati. Dah la menumpang tak tau la dengan izin ke tanpa izin. (Ape la nak jadi dengan dunia ni)

Kesian betul dengan nasib wanita tu, macam mana punya seksa dia masa tu.. hanya Allah sahaja yang tau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nak pergi kerja cari rezeki, dah dinaya dek orang sampai macam ni. (terasa sedih dan kesian)

Lepas marah-marah ni, terfikir la pulak, depan rumah aku pun ada warga asing dok buat rumah, satu taman dengan aku pulak ada warga asing lagi sewa rumah, sangat merbahaya, takut pulak rasa. Jangan sampai nanti bila aku kena dok sorang, aku tak boleh dok pulak. (tengoh rasa takut)

T.A.M.A.T