Selamat Pagi...
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
Salam gembira dan salam ceria. Pagi yang hujan-hujan ni, secara tiba-tuba terfikir untuk menulis tentang "Mulut Tempayan". Dengar tajuk je dah agak pelik mesti orang yang sedemikian jugak pelik. (heheeh.. memang pelik sangat-sangat la)
Mulut tempayan ni ada kat mana-mana je, kadang-kadang kat sebuah tempat tu ada sorang je tapi disebabkan mulutnya yang tempayan tu, dia senang dapat pengikut dek kerana cerita-cerita dia yang hot-hot belaka tu sedangkan sebenarnya takdak ape yang menarik pun daripada cerita dia tu. Yang menarik perhatian dia tu adalah cara penyampaian dia tu, memang kalau masuk pidato atau syarahan, memang boleh menang tanpa bertanding la. (ni hakikat oooo..)
Yang agak menghairankan tu, pengikut-pengikut depa ni, tak sedar ke yang depa tu sedang terlibat sama dengan bersekongkol menfitnah atau mengaibkan orang lain. Aduhai.. Kalau berdua biasanya ada yang ketiga dan yang ketiga tu adalah.. SYAITAN. (hehe.. kalau lah syaitan tu boleh nampak.. eee..)
Kerana orang bermulut tempayan ni la, segala benda-benda sulit, jadi tak sulit, ape la yang depa rasa ketika angkat sumpah sebagai pekerja. Perjanjian yang dibaca tu sekadar dibaca atau buta huruf. Hairan la aku sebab gejala ni semakin menjadi-jadi dan majoritinya adalah daripada kalangan orang melayu. Bila tak puas hati je, mula la. keluar la cerita macam-macam, gosip liar, sanggup menghabiskan masa dengan menyampaikan cerita-cerita yang lebih auta daripada fakta. (ish..ish.. dunia, dunia)
Sesungguhnya, setiap hari aku perlulah mengingatkan diri supaya menjauhkan diri daripada orang-orang yang macam ni sebabnya, bila mai masa dah tak sepakat, mula la, semua pekung dok ada semua dia nanti cerita merata-merata, tak puas hati cerita satu tempat, dia nanti sebarkan seluruh tempat yang dia pergi. Bila mai kerja yang dibayar gaji, taknak buat bersungguh-sungguh pulak, bila yang tak bergaji ni, rajin la pulak. (aduhai.. tak mau berubah ke?)
Semoga kita terpilih untuk di tempatkan di Syurga. Setiap kesilapan boleh diperbetulkan dengan memperbaiki segala kesalahan dengan cara merubah yang tak elok kepada yang elok. Amin...
T.A.M.A.T
+(1).jpg)

No comments:
Post a Comment