Selamat Pagi..
Assalamualaikum..
Hari ini tetiba terfikir nak bercerita tentang "kucing". (terkenang..) Sebabnya aku terniat untuk menulis tentang kucing ini adalah dek kerana masa aku pergi beli sarapan pagi, kejap tadi.. Aku tengok kucing tu comei sangat jadi teringat pulak le dekat penghuni rumah aku dulu..
Aku dok rumah teres kat sebuah taman baru ni, biasalah, orang kan memang suka buang kucing kat tempat-tempat baru ni, dengan harapan.. ada orang yang akan bagi makan kepada kucing-kucing ni. (teringat masa awal-awal pertemuan) Memang banyak sangat la kucing masa tu, lepas tu saiz dan umur kucing-kucing tu pulak lebih kurang sama je. Macam-macam warna ada. Hitam, putih dan macam-macam lagi la tapi dalam banyak-banyak tu.. ada seekor ni la yang buat aku dan keluarga rasa kesian sangat...
Masa mulanya, kucing tu kecil lagi, masih anak kucing. Masa jumpa tu, dia macam sakit, pucat.. tak pasti samada kena racun ataupun dipatuk ular, suara kucing tu pun garau je.. memang nampak macam sakit sangat. (Kesian..) Mak aku ambil dan mandikan dia walaupun mak aku memang tak bagi kami membela binatang yang berbulu ni sebab adik aku alah la jadi memang tak ada la membela binatang, tambahan si kucing. (hamster tu adala tapi tak beli pun, bela sat je)
Hari-hari kucing tu nanti mai dan dok dalam rumah, kalau orang baring, dia pun nanti join jugak, masalahnya, orang dok atas karpet, kucing tu pun akan dok atas karpet jugak. Kami namakan dia "Jerangkong" sebab suara dia yang garau dan badan dia yang kurus kering. Bulu kucing tu pun warna pelik sikit, macam warna oren tapi pudar, tak dapat nak diklasifikasikan. (seronok bercerita) Memang comel la dia. Hari-hari mesti ada je style baru dia buat dan bagi kami semua kenangan yang sangat manis. (sedih pulak)
Satu hari tu, orang pecah masuh rumah aku, kucing tu dah biasa dok dalam rumah, jadi bila pintu bukak, dia memang akan masuk, tak tau la masa tu pencuri tu tendang ke ape ke kucing tu, kesian sangat, masa aku sampai, dia menyorok bawah katil, bila dia nampak aku, dia sempat macam mengadu kat aku, aku pun usap-usap dia, lepas tu dia pun pergi dan toleh sekali kat aku. Lepas tu, dia tak datang dah, sampai ke saat ni. Mungkin dia dah mati atau entah ke mana. Puas kami cari dia. Sedih sangat-sangat. (sedih ni) Pencuri tu memang melampau. Masuk rumah orang dah salah, buat kucing tu.. lagi la bersalah.
Apapun, segala kenangan manis aku dan keluarga sepanjang kucing tu berada bersama kami, memang takkan dapat dilupakan. Aku pernah ambil gambar kucing tu dan masih menyimpannya, jadi, mari la kita tengok gambar kucing tu...
Tengok, bagus punya tidur dalam rumah, atas karpet yang lembut tu, Ape pun memang aku merindui si jerangkong ni. Banyak kenangan manis dengan dia, dia memang comel dan pandai sangat. Kalau dia hidup, biarlah dia sihat dan selamat. Amin..
T.A.M.A.T
No comments:
Post a Comment