Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat aku kerana aku telah membuang masa dengan sesuka hatinya dek kerana opis aku yang budiman ni asyik dok "block" macam-macam sangat (sebab nila setitik rosak susu sebelanga la kata, jadi macam ni la) jadi aku dengan bebesar hatinya, sengaja cari benda lain yang masih boleh buat aku membuang masa sebelum aku balik ke rumah. (gelak macam nenek kebayan. hahaha..)
Di kesempatan ini, sekurang-kurangnya, dapat jugaklah aku memantapkan lagi jari jemari aku untuk menaip dengan lebih pantas sekiranya ada kerja-kerja penting yang memerlukan aku untuk menaip dengan kadar yang pantas. (ceh.. saja cari alasan supaya nampak macam tak buat salah pape) Lepas ni, kalau jawatan untuk jurutaip diwujudkan semula, bolehlah aku apply dengan rasa bangganya. (kerja yang dok ada lani pun dah malas nak buat, ada hati nak jadi jurutaip, blah la)
Kepada Bakal Pembaca yang setia, (sekiranya adalah.hehe..) saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua membaca dan mengikuti blog saya ini. (berucap ala-ala YB) Walaupun kadang-kadang kemungkinan besar saya sendiri tak faham ape yang saya cuba nak sampaikan kat sini.
Akhir sekali, semoga saya dan anda semua bergembira membaca blog saya yang tak seberapa ini dek kerana saya bukanlah seorang yang rajin sangat untuk mencantikkan blog saya ini, kalau setakat kemas meja sendiri tu, bolehlah. (mengaku dengan rasa rendah diri, cewahh) Kalau ada sebarang kecacatan, silalah tegur ek? TQ so much...

No comments:
Post a Comment