Tuesday, 9 October 2012

Apabila Warga Asing Bermaharajalela Di Negara Kita

Assalamualaikum

Semasa aku "Take 5" tadi, aku tertarik pada satu artikel dari surat khabar Metro hari ini bertajuk "4 Jam Dalam Neraka 10 Setan". (dengar tajuk je dah panas hati.. geram) Kalau ada yang berkesempatan, boleh la selak-selak surat khabar tu ataupun baca je kat sini. (baca kat sini : http://www.hmetro.com.my/articles/4jamdalamneraka10setan/Article )


Bukan nak cakap la, memang warga asing kat Malaysia sekarang ni berlambak-lambak. sana sini mesti ada, lepas tu, depa punya kawal tempat macam depa pulak warganegara. Memang angin betul la aku. Cukup kedai-kedai makan di sesetengah tempat, depa yang meniaga. Masalahnya, bukan setakat kedai makan je, segala jenis perniagaan mesti ada depa contohnya macam jual kain, kedai runcit dan segala-galanya. (menulis dengan perasaan marah yang membuak-buak)

Terutamanya wanita la, memang rasa takut tu tak dapat nak dinafikan bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali tambahan pulak kalau dia lelaki. (kalau tak takut tu, tak tau la spesis ape tu) Tengok pada artikel tu, ape dah jadi. Bukan ke nampak sangat depa dah melampau sebab berani mengambil kesempatan secara sesuka hati. Dah la menumpang tak tau la dengan izin ke tanpa izin. (Ape la nak jadi dengan dunia ni)

Kesian betul dengan nasib wanita tu, macam mana punya seksa dia masa tu.. hanya Allah sahaja yang tau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nak pergi kerja cari rezeki, dah dinaya dek orang sampai macam ni. (terasa sedih dan kesian)

Lepas marah-marah ni, terfikir la pulak, depan rumah aku pun ada warga asing dok buat rumah, satu taman dengan aku pulak ada warga asing lagi sewa rumah, sangat merbahaya, takut pulak rasa. Jangan sampai nanti bila aku kena dok sorang, aku tak boleh dok pulak. (tengoh rasa takut)

T.A.M.A.T

No comments:

Post a Comment