Assalamualaikum..
Sambil layan sakit kepala aku yang tetiba je ni, aku pun terbaca satu blog mengenai artikel yang bertajuk "Bila Dikhianati Cinta, Kuatkan Semangat, Relakan Kemaafan" (http://www.sentuhanmaya.com/2011/05/bila-dikhianati-cinta-kuatkan-semangat.html)
Memang bagus sungguh la penulis blog ni, memang memberikan kesan positif kepada aku, bukan ape, supaya kita dapat menerima ape yang ada di sekeliling kita dan ape yang telah berlaku. Tak semua yang kita inginkan akan menjadi, tak semua yang kita harapkan akan tercapai. Oleh yang demikian, aku sebagai manusia biasa harus menerima dan percaya kepada Qada dan Qadar daripada Allah Yang Maha Kuasa, Sesungguhnya setiap kebaikan itu adalah daripadaNya manakala keburukan itu pula adalah daripada diri kita sendiri. (menulis dengan hati)
Kalau kita tengok drama-drama kat televisyen pun, memang banyak sangat cerita-cerita yang putus cinta la, curang la, masalah rumah tangga la.. macam-macam. Semua cerita-cerita ni dilakonkan berdasarkan pengalaman, cerita sebenar atau lakonan semata-mata. (takkan tak ada yang elok-elok langsung kot) Rasanya, sape je yang layan cerita-cerita kat televisyen tu, mesti akan beremosi bila ada benda yang melibatkan bab bercerai dan berpisah ni. (dahsyat la kalau orang tu tak sedih)
Memang tak faham sebenarnya dengan dunia sekarang ni, rasa takut pulak nak hidup lama kat dunia ni sebabnya, takut tak mampu nak menghadapi pelbagai cabaran hidup yang seterusnya. Kadang-kadang tu, bila kita berbuat baik, lain pulak yang datang mengganggu. Mungkinkah yang lain tu belum sedar bahawa Yang Maha Esa sedang memerhati setiap tingkah laku yang sedang kita lakukan. (takut sebenarnya) Kalau la Maha Pencipta tu marah terhadap kita dan menurunkan malapetaka, mampukah kita nak menghadapi semua tu. (teringat kejadian tsunami dulu)
Walaupun 5 minit untuk sehari, ambillah kesempatan untuk muhasabah diri, memaafkan orang lain, menerima segala dugaan yang diberikan dan redha terhadap segalanya. (sedang bercakap pada diri sendiri jugak) Cara yang terbaik, jauhkan diri daripada orang-orang yang menghampirkan kita kepada neraka dengan cara memekakkan telinga dari mendengar benda-benda yang tak elok, butakan mata dari melihat benda-benda yang mungkar dan kunci mulut dari bercakap benda-benda yang tak betul. (ini prinsip yang aku sedang amalkan) Semoga kita semua berjaya hingga ke syurga. Amin..
T.A.M.A.T

No comments:
Post a Comment